Saturday, November 21, 2015

Dari sahabat kepada sahabat


Ke hadapan sahabat,

Aku selalu mengimpikan untuk berjumpa dengan orang macam kau. Kalau dulu aku selalu berdoa kepada Allah untuk berjumpa seorang sahabat. Sekarang, Allah temukan aku dengan kau. Apa yang istimewa pada kau yang buat aku selesa untuk berkawan dengan kau? Sebab kau pandai menyimpan rahsia. Aku mungkin perlukan seorang pendengar tapi aku rasa aku lebih perlukan seorang yang pandai berahsia. Cerita aku perlu diberitahu tapi cerita aku bukanlah untuk orang ramai. Cerita aku hanya untuk seseorang yang macam kau. Aku nak kau jadi tempat untuk aku ceritakan semuanya. Percayalah, aku di luar bukanlah aku yang sebenar. Percayalah, kau akan rasa kau berjumpa dengan orang lain sebaik kau tahu siapa aku sebenarnya.  Teringin sekali aku menceritakan segalanya untuk kau. Rasa sedih dan marah atas segaala perbuatan aku Rasa sedih dan marah atas segala dosa aku. Ya, akulah si hamba yang sudah terlalu banyak melakukan dosa. Dosa yang sama.

Hakikatnya, Allah takkan menghantar kau kepada aku tanpa sebarang ujian. Kau sudah cukup sempurna untuk aku sampailah aku tahu kau bukannya seorang yang memahami. Seringkali aku bertanya pada kau mengenai sifat manusia, kau jawab dengan sempurna. Namun, tindak laku kau tak menunjukkan kau seorang yang memahami. TIndak laku kau kebanyakannya bertentangan dengan apa yang kau katakan. Sebabkan itu, kadang aku sedih melihat kau. Aku sedih sebab kau tak sedar salah kau. Kau tak tahu kecacatan yang ada dalam diri kau. Aku sedih bila kau tak memahami segala tanda yang aku tunjuk pada kau bahawa aku perlukan kau. Ada juga aku bertanya sejauh mana kau boleh mendengar dan memahami cerita orang. Menilai dari apa yang kau katakan, ternyata kau bukanlah seorang mudah untuk memberi ruang pada orang lain untuk meluahkan segala perasaan mereka. Kadang aku marah dan benci terhadap kau. Kau pandai tapi kau bodoh. Kau pandai berkata-kata tapi kau langsung tak memikirkan kesan langkah kau kepada orang lain. Bagi sesetengah orang, kau fikir kau sedang mencari kawan tapi sebenarnya kau sedang mengumpul lebih ramai lawan.

Dan sekiranya kau membaca luahan ini pun aku tak yakin kau akan berminat untuk memahami aku. Aku sedih. Sedih sangat. Tapi aku terpaksa tutup sebab aku tahu aku akan lebih disakiti sekiranya aku menunjukkan perasaan aku yang sebenar. Wahai sahabat, aku berharap kau berjumpa dengan seseorang yang boleh mengubah kau. Aku berharap kau berjumpa dengan seseorang yang kau rasa selesa untuk dijadikan sahabat. Aku takkan menilai dengan siapa sekalipun kau jumpa kerana aku tahu kau ada hak untuk berkawan dengan sesiapa yang kau mahu. Aku dengan ini akan cuba untuk mengundur diri dan berhenti daripada meletakkan harapan palsu aku bahawa satu hari kau akan jadi tempat aku titiskan air mata. Maafkan aku. Aku bukanlah sahabat yang sesuai untuk kau. Sekian.

Yang benar,
Sahabat

1 comment :