Wednesday, May 18, 2016

p/s Aku seorang pencuri


"Kau peluk lah diorang sementara diorang masih ada. Serious talk. Satu hari nanti kau akan menyesal."

Adjektif adalah subjektif. Kalau kau cantik di mata aku, kau mungkin hodoh di mata orang lain. Rindu adalah adjektif. Rindu boleh jadi maksiat kalau kau rindu orang yang salah dan kalau aku rindu kau tak bermaksud orang lain akan rindu kau jugak. Tapi apa rasanya bila kau rindu orang yang dah tiada dekat dunia ni?

Mimpi ni orang kata mainan syaitan. Hakikatnya, ada kala aku seronok dibuai mimpi sebab mungkin aku mimpi sesuatu yang di luar jangkaan. Contohnya, aku mimpikan orang yang aku rindu. Mungkin aku tahu itu mimpi tapi aku berharap itulah realiti. Kadang tu aku tak sedar pun itu satu mimpi. Ini semua sebab aku terlalu bahagia dalam mimpi tu. Aku mahukan detik itu kekal selamanya. Aku mahu berhenti pada saat aku ada bersama orang yang aku rindu. Mungkin sebab aku tahu mimpilah satu-satunya cara untuk aku bertemu dengan ibu bapaku.

p/s aku telah mencuri perasaan seseorang. Aku sebenarnya tiada hak untuk rasa perasaan orang lain. Kalau kau rasa kau faham perasaan orang tak bermaksud kau boleh rasa apa yang orang tu rasa. Barangkali aku ni pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf sebab mencuri perasaan orang. Satu alasan sahaja yang aku ada atas perbuatan aku- perasaan rindu tu buat aku terfikir sesuatu, apa yang akan jadi kalau aku mempunyai nasib sebegitu? Sanggup ke aku terima kenyataan bila saat tu tiba satu hari nanti?

Namun, tuhan itu Maha Adil. Tuhan uji setiap hambaNya dengan ujian yang berbeza sebab Dia tahu ujian apa yang patut diberi untuk mengajar hambaNya sesuatu tentang kehidupan.

Wednesday, April 6, 2016

Raksasa


"Kalau diri tu lemah, jangan sesekali cuba untuk ubah orang sebab kau mungkin akan bangunkan raksasa yang ada di dalam diri kau sendiri."
Kau tahu apa tu raksasa? Satu perkara yang pasti - ini bukanlah sebarang raksasa yang boleh ditumpaskan dengan mana-mana hero yang kau boleh fikirkan. Ada lagi satu perkara yang pasti - ada raksasa dalam diri aku. Nak tahu tak macam mana bentuk raksasa tu? Campakkan semua kata-kata sifat buruk yang kau boleh fikirkan sekarang dan itulah dia bentuk raksasa yang aku maksudkan.

Aku sedar dengan kewujudan raksasa ni. Aku tahu raksasa ni tak boleh dikawal. Disebabkan itu, aku sorokkan dia. Aku simpan dia sampaikan tiada sepasang mata pun yang boleh nampak dia melainkan aku sendiri. Tapi aku lepaskan dia di saat tiada mata yang memandang dan tiada jasad bernyawa yang sedar. Saat itu jugalah aku hilang kawalan. Aku jadi gila! Aku lumurkan diri dengan dosa-dosa yang melimpah ruah, bertemankan nafsu yang buas. Aku sedar dengan apa yang aku buat tapi aku bodoh. Aku jadi bodoh di saat raksasa tu keluar. Aku langsung tak berfikir pada waktu nafsu menemani malam ku. Pada waktu itu, tiada sebarang garis yang aku tetapkan sebagai had. Pada malam itu, aku melampaui segala batas yang ada.

 Dalam situasi ni, siapa yang salah? Nafsu atau aku? Atau mungkin raksasa tu? Adakah nafsu dan raksasa yang aku maksudkan tu sebenarnya sama?

Pernah terfikir tak apa akibatnya bila orang tahu tentang kewujudan raksasa ni? Kau akan rasa malu dan kau rasa kau tak layak berpijak di bumi kurniaan tuhan ni. Kalau kau tak kuat, kau mungkin akan menamatkan riwayat hidup kau dengan menggantung diri.

Bila ini terjadi, hati mula terdetik untuk berubah. Hakikatnya, penghijrahan itu bukan sesuatu yang mudah dek kewujudan raksasa ni. Aku perlukan pertolongan tapi aku tahu itu pun satu risiko besar. Ini semua sebab aku ni bahaya dengan adanya raksasa dalam diri aku. Aku khuatir aku akan kumpul lebih ramai mangsa dengan dosa yang sama. Susah untuk aku mencari jalan keluar. Aku buntu. Hari-hari aku berlalu dengan tangisan dan penyesalan.

Sebenarnya, aku tak mengharapkan kemaafan tapi aku mengharapkan keadaan jadi lebih baik. Macam mana? Aku sendiri pun tak tahu.
'Ya Tuhanku, aku insan lemah. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini.'