"Kau peluk lah diorang sementara diorang masih ada. Serious talk. Satu hari nanti kau akan menyesal."
Adjektif adalah subjektif. Kalau kau cantik di mata aku, kau mungkin hodoh di mata orang lain. Rindu adalah adjektif. Rindu boleh jadi maksiat kalau kau rindu orang yang salah dan kalau aku rindu kau tak bermaksud orang lain akan rindu kau jugak. Tapi apa rasanya bila kau rindu orang yang dah tiada dekat dunia ni?
Mimpi ni orang kata mainan syaitan. Hakikatnya, ada kala aku seronok dibuai mimpi sebab mungkin aku mimpi sesuatu yang di luar jangkaan. Contohnya, aku mimpikan orang yang aku rindu. Mungkin aku tahu itu mimpi tapi aku berharap itulah realiti. Kadang tu aku tak sedar pun itu satu mimpi. Ini semua sebab aku terlalu bahagia dalam mimpi tu. Aku mahukan detik itu kekal selamanya. Aku mahu berhenti pada saat aku ada bersama orang yang aku rindu. Mungkin sebab aku tahu mimpilah satu-satunya cara untuk aku bertemu dengan ibu bapaku.
p/s aku telah mencuri perasaan seseorang. Aku sebenarnya tiada hak untuk rasa perasaan orang lain. Kalau kau rasa kau faham perasaan orang tak bermaksud kau boleh rasa apa yang orang tu rasa. Barangkali aku ni pentingkan diri sendiri. Aku minta maaf sebab mencuri perasaan orang. Satu alasan sahaja yang aku ada atas perbuatan aku- perasaan rindu tu buat aku terfikir sesuatu, apa yang akan jadi kalau aku mempunyai nasib sebegitu? Sanggup ke aku terima kenyataan bila saat tu tiba satu hari nanti?
Namun, tuhan itu Maha Adil. Tuhan uji setiap hambaNya dengan ujian yang berbeza sebab Dia tahu ujian apa yang patut diberi untuk mengajar hambaNya sesuatu tentang kehidupan.


