Orang kata aku ni ada penyakit. Kebanyakan agama kata penyakit aku ni penyakit mental tapi ada jugak yang kata penyakit aku ni sebab keturunan. Mulanya, aku pandang penyakit ni sebagai sakit mental dan boleh dipulih. Tapi makin aku cuba makin susah untuk aku sembuh. Kadang aku terfikir kenapa tuhan bagi aku ujian begitu berat untuk aku. Kadang aku putus harapan untuk percaya bahawa aku boleh sembuh. Aku mulai ragu dengan tuhan. Kenapa tuhan bagi aku penyakit macam ni? Kenapa tuhan takdirkan aku untuk jalani hidup yang macam ni?
Aku bukanlah seorang yang mudah untuk percaya orang. Kalau kau rasa aku selalu lepak dengan kau, jangan percaya yang aku percaya kau. Kalau kau rasa aku selalu cerita dengan kau, jangan percaya yang aku ni anggap kau sebagai teman setia. Aku teringin seorang kawan yang aku percaya. Seseorang yang percaya aku dan aku boleh percaya dia. Tapi aku tahu hakikatnya aku tak layak untuk dipercayai apatah lagi untuk diberi teman setia. Semuanya sebab penyakit ni. Aku tahu sebab penyakit ni aku boleh jadi pengkhianat dan penipu besar.
Aku ni sakit. Penyakit ni banyak buat aku berdosa dengan mereka yang tidak berdosa. Sebabkan tu, aku selalu terasa yang aku ni tak layak untuk mempunyai walau seorang kawan sekalipun. Aku selalu mencuba untuk memberitahu meraka semua mengenai penyakit aku tapi aku takut mereka akan meninggalkan aku bila mereka dapat tahu mengenai penyakit ni.
Kau takkan tahu apa rasanya ada penyakit mental macam aku melainkan kau memang ada penyakit macam ni. Sampai sekarang aku cuba untuk jadi optimis dan berharap satu hari nnati aku boleh sembuh dari penyakit ni.
